Khamis, Januari 27, 2011

Sekumpulan Bekas Pelajar SKM1 Mengunjungi Rumah Bekas Guru - Guru

As salam

Pada hari raya yang lalu, sekumpulan bekas pelajar SK Mulong 1 telah membuat kunjungan ke beberapa buah rumah bekas guru - guru mereka. aktiviti ini telah dirancang oleh saudara Hairie dan Faiz. Perancangannya hanya mengambil masa 2 hari.Sungguh singkat. Pada mulanya Hairie merancang untuk pergi bersama dengan Faiz sahaja tetapi Faiz mencadangkan Hairie untuk menghubungi dan mengajak rakan - rakan yang lain. Hasilnya, dari 2 orang bertambah kepada 8 orang. Saudara Fakhrul, Syiham Ibrahim, Syahmi, Razin, Zhafran dan Fauzan menyertai Hairie dan Faiz dalam aktiviti mengujungi rumah bekas guru yang telah mengajar kami. Sebenarnya 9 orang yang menyertai aktiviti ini, tetapi saudara Hafizuddin tidak dapat meyertai kerana ada perkara yang perlu diselesaikan.
















        Rumah pertama yang kami ziarah ialah rumah Teacher Rosnani, guru yang pernah mengajar kami Bahasa Inggeris. Di sana, Teacher berulang kali berpesan supaya kami belajar bersungguh - sungguh. Ya teacher, kami akan belajar bersungguh - sungguh. Seterusnya, kami terus ke rumah Cikgu Masliza, bekas guru mata pelajaran sains kami semasa kami berada di Tahun 5. Di sana kami sempat melihat kereta lama cikgu yang tersadai di hujung halaman rumah(kami pernah tengok cikgu drive kereta itu ke sekolah). Selepas itu, kami bergerak ke rumah Cikgu Rosni. Mulanya kami hampir sesat tetapi kerana kesungguhan kami untuk berjumpa dengan cikgu, akhirnya sampai juga kami di rumah cikgu. Kedatangan kami disambut oleh suami cikgu. kami dilayan dengan begitu ramah sekali. Maklumlah sudah begitu lama tidak berjumpa. Saudara Zhafran dikeneng - kenengkan dengan anak Cikgu Rosni. Hai Zhafran, boleh laa tu. U pun dah sama, haha. Lebih satu jam kami berada(lepak) di sana. Selepas kami menunaikan solat asar di rumah cikgu (banyak dugaan solat masa tu), kami terus menuju ke rumah yang seterusnya dan yang terakhir. Memandangkan hari sudah lewat, kami terus menuju ke rumah Ustazah Atikah. Di sana, kami berbual panjang dengan ustazah. Kami juga dihidangkan sedikit makanan(habis kitaorang makan). Selepas sesi mengambil gambar, kami meminta diri untuk pulang kerana hari sudah lewat (ada match Kelantan lwn N9). 



















Kesimpulannya, hampir semua cikgu terkejut dengan imej rambut Abg Zhafran kita.haha. saya pun no komen. tengoklah gambar.
InsyaAllah pada hari raya yang seterusnya bukan 8 orang yang akan serang rumah cikgu, tetapi kita akan kumpulkan satu batch untuk pergi serang rumah cikgu. Bersedialah cikgu.  :)

Diharapkan aktiviti seperti ini akan berterusan sampai bila - bila. Setakat inilah dulu laporan saya. Tunggu post yang seterusnya. 

Sekian, terima kasih.
Disiapkan oleh : Faiz(Exco Multimedia & Fotografi Alumni SKM1)

# Maaf pasal gambar. Dalam kamera aku ada banyak tu aje. masa tu kamera abis bateri. maklumla fotografer free...  :p
# Sape - sape yang ada gambar aktiviti ni mintak emelkan ke aiz010@yahoo.com. tQ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan