Khamis, Januari 27, 2011

Majlis Jamuan Hari Raya & Reunion Alumni SK Mulong 1 Batch 2003‎


Pada hari Khamis bersamaan 16 September yang lalu, Alumni SK Mulong 1 telah mengadakan satu Majlis Sambutan Hari Raya dan Majlis Reunion bagi Batch 2003. Majlis ini disertai oleh mantan warga pelajar tahun 6 2003. Majlis ini telah dirancang dalam masa dua minggu bagi mencari masa yang sesuai untuk memudahkan kehadiran semua ahli alumni. Majlis ini diadakan di salah satu restoran yang agak terkenal di Kota Bharu yang bernama New Horizon Garden yang terletak di Batu 4.

Pada jam 2.45 petang, semua ahli telah berkumpul di hadapan Sekolah Kebangsaan Mulong 1. Ini bertujuan untuk memudahkan pengangkutan ahli alumni. Lebih kurang 10 minit, semua ahli bergerak ke restoran dan pada jam 3.30 petang majlis dimulakan.Majlis sambutan hari raya ini dimulakan dengan ucapan daripada bekas ketua kelas 6 Cekat iaitu Saudara Wan Muhammad Hairie Bin Wan Sulaiman. Kemudian majlis diteruskan dengan jamuan makanan yang telah disediakan. Pada jam 4.30 petang pula, telah diadakan majlis pelantikan ahli jawatan kuasa bagi alumni ini.

Majlis pelantikan tersebut dikendalikan oleh pengerusi sendiri iaitu Saudara Hairie. Antara Ahli Majlis Tertinggi yang dilantik ialah Wan Muhammad Hairie Bin Wan Sulaiman sebagai Pengerusi, Siti Amilia Binti Mohamed Nasir sebagai Naib Pengerusi 1, Muhammad Syiham Bin Ibrahim sebagai Naib Pengerusi 2, Ahmad Fakhrul Arifin Bin Che Lah sebagai Setiausaha, Nur Hidayati Binti Abdullah sebagai Timbalan Setiausaha dan Muhammad Hafizuddin Bin Ramlee sebagai Bendahari. Manakala ahli yang lain dilantik sebagai exco yang dibahagikan kepada Exco Multimedia Dan Fotografi, Exco Data Dan Rekod, Exco Perancangan Aktiviti, Exco Perhubungan Dan Komunikasi dan akhir sekali ialah Exco Tugas-Tugas Khas.

Majlis jamuan hari raya tersebut diakhiri dengan bacaan doa selamat dan sesi fotografi diluar restoran. Sesi fotografi mengambil masa dalam satu jam sahaja. Alumni ini berharap program seperti ini dapat dilakukan lagi pada masa hadapan dan ukhuwah mereka sentiasa berpanjangan.
































Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

AHMAD FAKHRUL ARIFIN BIN CHE LAH
Setiausaha,
Alumni Sekolah Kebangsaan Mulong 1 batch 2003.  
 Sambung Beraya ke Rumah Cikgu Pulak

Selepas itu, beberapa orang pelajar pergi beraya ke rumah Teacher Shamsiah. Lihatlah gambar. Dah penat mengarang(bm agak kureng). 







Sorrylah kerana kami tidak mengajak cikgu - cikgu. Ini kerana majlis ini pertama kali diadakan. Mesti akan ada banyak kekurangan. InsyaAllah pada majlis hari raya dan reunion yang seterusnya kami akan mengajak cikgu - cikgu. Sekian sahaja daripada saya. Terima kasih.


Dicompletekan oleh: Faiz(Exco Multimedia & Fotografi Alumni SKM1)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan